KOD : TBBK1248
BILANGAN MUKA SURAT : 224
SAIZ : 24cm x 16.5cm x 1cm
ANGGARAN SAIZ : B5
MUKA BUKA : Soft Cover
WARNA DALAM : Hitam Putih
NAMA PENULIS : Mushthafa Abdul Mu’athi
KELEBIHAN
- Menghuraikan pelbagai hal berkaitan solat, lengkap dengan teori pengajaran solat.
-
Tips-tips berguna dan praktikal untuk melatih anak anda supaya istiqamah dalam melaksanakan ibadah solat.
-
Kaedah pengajaran berupa contoh teladan daripada kisah Nabi SAW dan para sahabat terdahulu dalam mendidik anak tentang solat.
-
Memberi panduan khusus untuk anda dalam mendidik anak merangkumi kesemua aspek hidup dan bukan sahaja dalam aspek solat.
-
Rekaan yang tersusun dan menarik memudahkan pemahaman anda.
- Jadikan buku ini sebagai bahan tazkirah bersama keluarga, pelajar atau rakan-rakan.
SINOPSIS
Permainan konsul, siri kartun dan anime di televisyen, komik, Internet dan banyak lagi anasir yang boleh melalaikan anak-anak daripada solat. Cabaran ibu bapa pada masa kini sangat hebat!
Ibu bapa harus memiliki kesabaran dan kebijaksanaan untuk memilih kaedah pengajaran yang tepat dan disenangi oleh anak-anak agar misi tercapai dengan sempurna.
Allah telah menetapkan kewajipan solat bagi hamba-Nya yang Muslim, tua dan muda, lelaki dan perempuan, yang sakit dan yang sihat bahkan, bagi anak-anak yang sudah memasuki usia 10 tahun. Malahan sebelum usia tersebut, ibu bapa wajib mendidik dan membiasakan anak-anak agar saat memasuki alam baligh, mereka tidak kekok dan memahami kewajipan solat serta melaksanakannya dengan sempurna.
Ibu bapa harus menanamkan dan mendasari anak dengan keimanan kepada Allah SWT sebagai tujuan solat dan semua kegiatan mereka. Demikian juga memperkenalkan dan mendekatkan mereka dengan masjid dan semua aktiviti di dalamnya.