KOD : TBBK1316(2015) BILANGAN MUKA SURAT : 184 SAIZ : 21cm x 14.3cm x 0.9cm ANGGARAN SAIZ : A5 MUKA BUKU : Soft Cover WARNA DALAM : Hitam Putih ISBN : 978-967-388-185-7
NAMA PENULIS : Siti Nurzulaikha Binti Adam
SINOPSIS Setiap ujian yang Allah datangkan, Dia pasti akan memberikan jalan keluar dan rezeki yang kita tidak pernah jangka.- FAIQ
Faiq Adnan, satu ketika dahulu nama inilah yang pernah menggemparkan tanah air dengan rekod hebat yang diciptanya sehingga mendapat pujian daripada Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia.
Tahukah anda di sebalik nama ini sebenarnya merupakan seorang insan kurang upaya yang mempunyai hati dan jiwa yang kental sehingga berjaya mencipta rekod demi rekod di dalam negara mahupun di luar negara. Insan hebat ini dilahirkan dengan dunia yang gelap pada awalnya namun terbukti mampu menyinar. Ternyata lahir dalam keadaan tanpa penglihatan bukanlah satu penghalang buatnya untuk menjadi seorang insan yang dibanggakan dan ke hadapan berbanding yang lain. Beliau bukan sahaja telah membuktikan kekurangannya mampu menjadikan dia sebaris dengan manusia normal yang lain malah lebih berjaya berbanding mereka.