Penerangan
BILANGAN M/S : 136
SAIZ : 21cm x 14cm x 0.9cm
ANGGARAN SAIZ : A5
MUKA BUKU : Softcover
WARNA DALAM : Hitam, putih
NAMA PENULIS : Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim al-Hafiz
KELEBIHAN
- Merupakan himpunan kuliah Tadabbur al-Quran oleh penulis di salah sebuah masjid di ibu negara.
- Membawakan perbahasan isu mimpi daripada sudut pandang al-Quran dan sunnah seperti kisah mimpi daripada al-Quran, mimpi daripada hadis, adab tidur, mimpi bertemu Rasulullah dan jenis mimpi.
- Disampaikan dalam laras bahasa moden serta separa akademik yang mencambah minda pembaca awam dan para ahli akademik.
SINOPSIS
Mimpi ialah suatu perkara yang signifikan dalam kehidupan seorang manusia, sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga tua. Semuanya pasti tidak akan terlepas daripada mengalami mimpi. Mimpi juga ialah sesuatu yang sangat subjektif untuk dihuraikan, sama ada bagi orang yang mengalami mimpi tersebut atau orang yang mendengar cerita daripada orang yang bermimpi. Mimpi setiap orang berbeza antara satu sama lain, maka sudah pasti huraiannya juga berbeza. Bahkan, persoalan mimpi ini juga bukan sekadar “mainan tidur” seperti yang sering diulang-ulang oleh anggota masyarakat kita pada hari ini kerana terdapat juga segelintir anggota masyarakat yang berpegang bahawa mimpi ialah suatu hujah yang diterima pakai dalam syariat. Namun persoalannya, adakah benar ia boleh diterima sebagai hujah atau sebaliknya?
Sekuriti & Pembayaran
