Kod: TBBS1064 (2018)
Bilangan Muka Surat: 41
Saiz Buku: 29cm × 21cm × 0.5cm
Anggaran Besar: A4
Muka Buku: Softcover
Warna Dalam: Berwarna
ISBN : 978-967-388-372-1
Penulis: Mokhtar Bin Ithnin
Kelebihan
- Membantu meningkatkan kemahiran Jawi anak-anak melalui latihan pengukuhan bagi PdPc di dalam kelas.
- Mudah difahami serta latihan yang pelbagai secara berperingkat mengikut pencapaian murid.
- Fokus kepada huruf jawi tunggal.
- Sangat sesuai untuk murid-murid prasekolah dan murid-murid yang mengikuti program j-QAF (Jawi, Al-Quran dan Fardu Ain bagi Tahun 1)
- Mengandungi Elemen Pembelajaran Abad ke-21.
- Menepati Sukatan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Semakan 2017.
- Standard Pembelajaran dinyatakan bagi memudahkan pentaksiran oleh guru.
- Sangat mudah, cepat dan berkesan dalam mengatasi masalah pembelajaran Jawi.
Sinopsis
Buku Pintar Jawi Bersama Nini & Jimi Buku 1 ditulis oleh guru prasekolah yang berpengalaman mengajar subjek Pendidikan Islam lebih daripada 10 tahun. Buku ini merupakan buku aktiviti pembelajaran yang berteraskan Pendidikan Islam menfokuskan kepada pengenalan huruf-huruf Hijaiyah (Huruf Jawi Tunggal). Murid-murid juga didedahkan dengan latihan kemahiran menulis jawi secara intensif melalui latihan secara istiqamah. Amat sesuai digunakan sebagai bahan aktiviti di rumah mahupun di sekolah.