Syam Negara Misteri Akhir Zaman - (TBBK1399)

Tiada ulasan

Harga:
Harga promosiRM18.00
Stok:
Habis dijual

Penerangan

KOD : TBBK1399 (2017)
BILANGAN M/S : 208
SAIZ : 19.5cm x 13.5cm x 1cm
ANGGARAN SAIZ : A5
MUKA BUKU : Softcover
WARNA DALAM : Hitam, putih 
ISBN : 978-967-388-281-6
NAMA PENULIS : Anwar Majdi Ashan
 

KELEBIHAN
  • Mengupas dan menjelaskan perjalanan negara Syam yang penuh misteri dengan 1001 kisah berkisar tentangnya.
  • Menerangkan asal usul dan sejarah negara Syam serta kelebihan Syam yang disebut dalam al-Quran dan hadis.
  • Diselitkan gambar-gambar bagi menarik minat pembaca untuk menelusuri perkembangan negara istimewa ini dari dahulu hingga sekarang.


SINOPSIS


Generasi hari ini jika ditanya tentang Syam sudah tentu ada yang masih terpinga-pinga. Tidak kurang juga mungkin ada yang masih menyangka Syam ialah sebuah tempat di Tanah Arab yang terkenal pada zaman Nabi S.A.W dahulu dan kini hampir-hampir tidak dikenali lagi. Tahukah anda Syam sebenarnya dibahagikan kepada empat buah negeri yang sering disebut-sebut dan didoakan di seluruh dunia khasnya kita sendiri di Malaysia? Ya, Syam ialah Syria, Jordan, Lubnan dan Palestin yang sedang bergelombang dengan pelbagai pancaroba. Walaupun begitu percayalah, Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah menyarankan supaya kita menetap di Syam saat fitnah bergelombang menimpa dunia. Subhanallah. Bersesuaian dengan namanya, Syam Negara Misteri Akhir Zaman ini dihasilkan untuk mengupas sekali gus menjelaskan tentang perjalanan negara Syam yang penuh misteri dengan 1001 kisah berkisar tentangnya. Antara bahagian menarik yang terkandung dalam buku ini adalah mengenai asal usul dan sejarah Syam serta kelebihan Syam yang disebut dalam al-Quran dan hadis. Selain itu, terdapat gambar-gambar yang mampu menarik minat pembaca untuk menelusuri perkembangan negara istimewa ini dari dahulu hingga sekarang. Buku ini juga ditulis dengan tujuan utama untuk mencari dana sumbangan oleh penulis kepada rakyat Syria yang akan disalurkan melalui misi bantuan kemanusiaan, insya-Allah. " Kemisterian Syam dikupas melalui pelbagai sudut kerana setiap kejadian yang berlaku disana merupakan aras perjalanan dunia. Apa yang jelas, peristiwa yang sedang berlaku hari ini tidak terjadi secara kebetulan tetapi ia sudah di khabarkan. " - Anwar Majdi Ashan.

Sekuriti & Pembayaran

Anda mungkin berminat...

Baru dilihat sebentar tadi...

Daftar Sebagai VIP

Daftar sebagai VIP & nikmati diskaun 15% dan 50%. Klik Sini

Hadiahkan Gift Card

Berikan Gift Card sebagai hadiah kepada tersayang. Klik Sini

Promosi Setiap Bulan

Promosi istimewa & menarik setiap bulan. Klik Sini

Khidmat Pelanggan

Isnin - Jumaat 9:00 - 5:00ptg

E-mel: admin@telagabiru.com.my

Whatsapp: Bantuan Pembelian