Penerangan
Bilangan Muka Surat : 129
Saiz Buku : 21cm x 14cm x 1cm
Anggaran Saiz Buku : A6
Muka Buku : Softcover
Warna Dalaman : Hitam Putih
Nama Penulis : Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir
KEISTIMEWAAN BUKU INI
- Menelusuri sunnah Rasulullah dalam mentadbir urus sesebuah institusi keluarga, masyarakat dan negara.
- Terdapat penjelasan tentang tafsiran hadis-hadis Rasulullah mengenai tadbir urus dan kenegaraan.
- Menyediakan prinsip-prinsip sunnah untuk difahami.
- Panduan untuk bertindak dengan betul dan wajar dalam konteks mentadbir urus diri, keluarga, masyarakat dan kenegaraan mengikut acuan Islam yang benar.
SINOPSIS
Hadis atau sunnah merupakan sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SWT. Sebarang perkataan, perbuatan dan perakuan Nabi ialah hadis dan ia ialah sumber hukum. Terdapat pemahaman yang menyatakan bahawa apa-apa sahaja yang tercacat dalam riwayat hadis hendakalah diterima bulat-bulat tanpa sebarang pengubahsuaian atau tafsiran, kerana hadis merupakan sumber utama bagi umat islam.
Memang benar hadis dan sunnah merupakan sumber utama. Namus, hadis dan sunnah sewajarnya difahami dengan mendalam. Pemahaman ini adalah penting kerana hadis berbicara dalam pelbagai aspek, konteks dan sebagainya. Justeru, wujud satu keperluan untuk memahami dan mendalami prinsip sunnah nabi dalam kepelbagaian bentuk tindakan, juga bagaimana para ulama usul fiqh membicarakan aspek hukum sama ada wajib, sunat, harus, panduan dan sebagainya.
Semoga penulisan ini menjadi usaha bagi membuka sedikit ruang pembaca untuk memahami hadis- hadis Nabi SWT dalam aspek dan konteks tadbir urus dan kenegaraan.
Sekuriti & Pembayaran
