KOD: TBBK1453 (2018) BILANGAN M/S: 144 SAIZ: 21cm x 14cm x 0.9cm ANGGARAN SAIZ: B5 MUKA BUKU: SOFT COVER WARNA DALAM: Hitam putih
ISBN : 978-967-388-389-9 NAMA PENULIS: Dr. Abdul Latif Abdul Razak
KELEBIHAN
Menyediakan sumber asasnya daripada al-Quran dan hadis serta karya-karya ulama silam yang tersohor.
Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat.
Menyelitkan pelbagai panduan untuk merawat kesihatan dan penyakit mental menurut teori atau praktik terapi pengukuhan iman.
SINOPSIS
Menurut Imam al-Ghazali, rawatan hati sangat penting dalam merawat tubuh yang sakit. Tambahan pula manusia sering diuji dengan pelbagai cara, daripada seringgan-ringgan hinggalah seberat-berat ujian. Kegagalan menguruskan ujian menyebabkan ramai terdedah kepada masalah mental. Oleh itu, Dr. Abdul Latif Abdul Razak tampil mengetengahkan satu pendekatan psikologi dan psikoterapi yang Islamik, seimbang dan menyeluruh dikenali sebagai Terapi Pengukuhan Iman (Iman Restoration Therapy).
Buku ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk pembaca yang bukan daripada latar belakang psikologi, kaunseling dan psikoterapi kerana bahasa yang digunakan mudah untuk difahami selain kaedah perubatan yang memerlukan perawat "merawat" dirinya dahulu sebelum merawat patientnya. Kesimpulannya, buku ini harus dimiliki oleh semua yang inginkan kesejahteraan mental dan ketenangan kehidupan yang berasaskan iman serta berpandukan al-Quran dan al-Sunah.
"Sihat rohani, sihat mental maka sejahteralah diri."