Sangat convenient utk kegunaan harian. Ringan mudah dibawa kemana2. Tanda wakaf amat membantu
Tempahan Khas & Usahasama
Assalamualaikum
Tan Sri/ Datuk/ Dato’Seri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
1. Tempahan Khas
Apa yang boleh di tempah untuk majlis anda ?
Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan ?
Berapa lama masa yang diambil untuk siap tempahan ?
Kami menerima tempahan seperti:
- Untuk Jabatan Kerajaan/ Swasta
- Sebagai Cenderahati
- Untuk Majlis Bacaan Yassin
- Untuk Majlis Perkahwinan
- Untuk Tempahan Koperat
- Untuk Program Tajaan
- Sebagai Hadiah
- Untuk Program Infaq
- Untuk Sumbangan
- Lain - lain Majlis/ Program
Teruskan bacaan anda !
- Kami menggunakan teknik Hot Stamping untuk reka letak perkataan dan warna tulisan, anda boleh memaklumkan kepada kami kehendak anda untuk meletakkan perkataan/ maklumat di muka hadapan sahaja dan memilih warna tulisan samada warna silver atau gold.
- Buat masa ini, kami telah menyediakan beberapa produk pilihan yang sesuai mengikut majlis/ program. Antara produknya adalah seperti dibawah.
1. AL MA'THURAT
Wirid dan Doa Rasulullah
Kelebihan
AL-MA’THURAT merupakan amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunah yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Keluaran eksklusif dengan adunan warna-warna dan reka bentuk yang menarik. Reka bentuk saiz yang kecil mudah dibawa ke mana sahaja. Sangat sesuai dihadiahkan buat permata hati, suami isteri, ibu ayah serta sahabat handai. Didatangkan khas untuk tempahan bagi majlis perkahwinan, kenduri akikah, doa selamat dan tahlil dan lain-lain.
Kod Buku : TBBK1129
Saiz : 15 cm x 10 cm
2. Andainya Engkau Tahu
Bimbinglah Dirimu dengan Doa & Zikir
Kelebihan
Buku ini disusun supaya dapat dijadikan panduan setiap individu untuk membimbing mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bimbingan dalam bentuk doa ini mencakupi sebahagian besar keperluan dalam kehidupan harian manusia dengan doa dan zikir.
Kod Buku : TBBK1214
Saiz : 14.5 cm x 10 cm
3. Surah Yasin
Panduan Tahlil & Doa
Kelebihan
Susunan ringkas Surah Yasin ini digarap dengan terjemahan surah serta dikepilkan bersama panduan, kaifiat tahlil dan doa-doa. Keluaran eksklusif dengan adunan warna-warna dan reka bentuk yang menarik. Reka bentuk saiz yang kecil mudah dibawa ke mana sahaja. Sangat sesuai dihadiahkan buat permata hati, suami isteri, ibu ayah serta sahabat handai. Didatangkan khas untuk tempahan bagi majlis perkahwinan, kenduri akikah, doa selamat dan tahlil dan lain-lain.
Kod Buku : TBBK1222
Saiz : 14.5 cm x 10 cm
4. Doa & Zikir Harian
Hadiah buat diriku yang sering lupa
Kelebihan
Buku DOA & ZIKIR HARIAN ini lain daripada yang terdapat dalam pasaran kontemporari kerana ianya disusun dan direka bentuk dengan ciri-ciri keistimewaan tertentu.
Kod Buku : TBBK1081
Saiz : 14.5 cm x 10 cm
- Masa yang diambil untuk menyiapkan tempahan anda adalah bergantung kepada jumlah yang telah dibuat. Kami akan maklumkan semula kepada anda setelah tempahan dibuat.
- Ada soalan berkaitan tempahan dan rekabentuk.
- Isikan Form di bawah untuk kami membantu anda !
- Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh terus hubungi person in charge melalui link whatsapp : https://wa.link/4ew7ft