Kod Buku : TBBK1474A (2025) (Versi Remake)
Bilangan Muka Surat : 240
Saiz : 21cm x 21cm x 1cm
Anggaran Saiz : A5
Muka Buku : Kulit Lembut
Warna Dalam : Berwarna
ISBN : 978-967-388-440-7
Berat : 0.5kg
Penulis :
- Dr Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi
- Mohamad Lokman Mohd Salleh
Kelebihan
- Buku 40 Hadis Sahih Kisah Ghaib dan Ajaib ini merupakan sebuah buku yang diinspirasikan daripada sebuah kitab bahasa Arab.
- Buku ini menunjukkan kisah-kisah ajaib yang diambil hadis-hadis sahih dalam kitab Sunan Sittah.
- Para pembaca boleh mendapatkan kisah yang benar-benar sahih serta terhindar daripada unsur-unsur israeliyat melalui buku ini.
- Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu para pembaca untuk kisah-kisah yang sahih khususnya daripada hadis nabi.
Sinopsis
Kisah-kisah ghaib dan ajaib sering kali menarik minat manusia, sama ada disampaikan melalui lisan atau tulisan. Namun, tiada jaminan sesuatu kisah bersifat ghabiyyat adalah sahih melainkan ia datang daripada sumber dari sisi Penguasa dan Pencipta alam ghaib itu sendiri, iaitu Allah SWT. Sumber alam ghaib yang tunggal ialah al-Quran atau hadis yang sahih sahaja.
Sudah sampai masanya masyarakat kita didedahkan kepada kisah-kisah ghaib dan ajaib yang sahih disumberkan al-Quran dan hadis sekali gus mampu meneguhkan keimanan kepada alam ghaib daripada terus dikhayalkan degan kisah-kisah ghaib yang pelik, ajaib dan tidak boleh dipertanggungjawabkan sumber asalnya.
Madya Dr Umar Sulaiman al-Asyqar menasihati para ulama, asatizah atau penceramah agar menyampaikan isi-isi yang seumpama hadis yang dimuatkan dalam buku ini agar ia mampu menyedarkan orang yang lalai. Nasihat yang terbaik semestinya nasihat daripada Allah SWT melalui al-Quran dan Rasulullah melalui hadis-hadis Baginda.