Bilangan Muka Surat :190 Saiz : 14.5cm x 10.5cm x 1cm Anggaran Saiz : B5 Muka Buku : Kulit Lembut Warna Dalam : Berwarna
ISBN : 978-967-388-388-2
Berat :0.5kg Penulis :
Datuk Dr. Hj. Zahazan Bin Mohamed
Hj. Mohamad Wahid Bin Abd. Hanif
Kelebihan
Panduan Melaksanakan Ibadat Umrah
Lokasi Makkah dan Madinah
Tempat-tempat Popular Ziarah dan Umrah
Panduan Melaksanakan Ibadat Umrah
Penempatan di Makkah dan Madinah
Sinopsis
Melaksanakan umrah merupakan impian setiap Muslimin dan Muslimat. Namun,persediaan untuk mengerjakannya perlu dibuat supaya semuanya berjalan dengan lancar, mudah dan tenang. Oleh itu, buku ini ditulis dan disusun untuk memudahkan para tetamu Allah ketika melaksanakan ibadat umrah. Ia bukan semata-mata buku panduan mengerjakan umrah, tetapi juga menerangkan tentang tempat-tempat ziarah yang menarik dan sangat sesuai diziarahi semasa mengerjakannya. Disamping itu, disertakan juga beberapa soal jawab tentang kemusykilan berkenaan ibadat ini. Selain itu, buku ini juga memuatkan doa-doa ma'thur yang terpilih ketika tawaf dan sai serta ruang untuk ditulis doa-doa yang dicadangkan untuk dimohon ketika melakukan ibadat ini nanti. Mudah-mudahan buku ini bermanfaat kepada para tetamu Allah dan berguna untuk mendapatkan gambaran awal berkenaan umrah serta ziarah. Semoga umrah anda umrah yang mabrurah. Amin.
Ralat ayat pada mukasurat 15
Ayat Ralat = Nabi saw kemudiannya kembali ke Makkah pada tahun 628 Hijrah bersama ribuan pengikutnya tanpa menumpahkan darah".
Ayat Pembetulan = Nabi saw kemudiannya kembali ke Makkahpada tahun 8 Hijrah / 630 Masehi bersama ribuan pengikutnya tanpa menumpahkan darah".
Alhamdulillah seperti biasa tempoh kiriman menepati janji. Bungkusan kali ini lebih rapi dan kemas. Terima kasih di atas usaha anda dalam penambahbaikan yang berterusan. Teruskan usaha murni anda.
Alhamdulillah terima kasih diatas ulasan yang positif, jika ade sebarang penambaikkan, boleh maklumkan pada bila bila masa ya:) terima kasih kerana membeli, semoga bermanfaat :)