Gulungkan imej untuk mengezum masukKlik pada imej untuk zum
/
Penerangan
Kod Buku : TBBK1611 (2025)
Bilangan Muka Surat : 208 Saiz : 21cm x 14cm x 1cm Anggaran Saiz : A5 Muka Buku : Kulit Lembut (Soft Cover) Warna Dalam : Berwarna
ISBN : 978-629-467-005-1
Berat : 0.5kg Penulis :
Sakinah Hamid
Dr. Syahidah Zakaria
Kelebihan
Buku ini menggabungkan kisah sebenar, renungan keimanan dan pencerahan ilmu perubatan.
Ia membantu para ibu untuk memahami keperluan tubuh mereka, menyediakan diri secara realistik, dan menjauhi mitos-mitos yang sering mengelirukan..
Buku ini bukan hanya membawa pembaca memahami peranan seorang ibu, tetapi memberi ilmu yang sahih dan bermanfaat.
Sinopsis
Momen Bermakna Detik Menjadi Ibu merupakan sebuah naskhah yang menghimpunkan kisah dan ilmu yang menyentuh hati, khusus untuk para ibu yang sedang melalui fasa kehamilan dan ingin melakukan persediaan menjadi ibu buat kali pertama. Buku ini ditulis oleh dua orang penulis, iaitu seorang ibu yang berkongsi suka duka pengalaman peribadinya dari awal kehamilan hingga selepas melahirkan, dan seorang doktor yang melengkapkan naratif ini dengan penerangan profesional berdasarkan pengalaman dan isu-isu sebenar yang telah dialami ibu tersebut seperti anemia, sembelit, buasir, bajet berpantang, jaundis, hingga hukum-hakam yang sering terlepas pandang.
Lebih daripada sekadar bacaan, buku ini sesuai untuk dijadikan teman setia sepanjang perjalanan menjadi ibu. Ia bukan sahaja membantu ibu hamil dalam membuat persediaan mental, fizikal dan spiritual, tetapi juga memberi mereka ruang untuk berasa difahami dan tidak keseorangan. Untuk mereka yang bergelar ibu, ia bukan sekadar buku, tetapi pelukan yang memberi kekuatan dalam meneruskan perjalanan menjadi seorang ibu.
Sekuriti & Pembayaran
Gulungkan imej untuk mengezum masukKlik pada imej untuk zum