Kod Buku : TBBK1609 (2025) (Versi Remake)
Bilangan Muka Surat : 216
Saiz : 21cm x 14cm x 1cm
Anggaran Saiz : A5
Muka Buku : Kulit lembut (Soft Cover)
Warna Dalam : Berwarna
ISBN : 978-967-388-993-8
Berat : 0.3kg
Penulis :
Kelebihan
- menjelaskan radar pengesan belian kepada isu-isu yang penting dalam mendekatkan kefahaman pembaca kepada ilmu usul fiqh.
-
memulakan perjalanan buku ini dengan soalan-soalan yang lazim dan praktikal dalam pengajian ilmu usul fiqh .
- Mengetahui asas dan usul setiap mazhab daripada kepelbagaian mazhab fiqh.
-
Mengenali sebab-sebab dan punca-punca yang membawa kepada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama dalam mazhab.
Sinopsis
Sesungguhnya, ilmu usul fiqh ialah menara kepada fatwa dan hukum. Pegangan dan asas kepada semua mufti dan fuqaha. Menjadi satu kesalahan bagi seorang mufti atau pengkaji fiqh mengeluarkan fatwa atau pandangan fiqh tanpa menguasai ilmu usul fiqh.
Melalui pemerhatian yang dibuat, kelemahan fatwa atau pandangan fiqh berpunca daripada seorang yang tidak menguasai ilmu fiqh dengan sahih dan mendalam sehingga fatwanya menjadi syaz atau tidak menepati waqi' yang berlaku di sekelilingnya.
Usul fiqh ialah pintu kepada ilmu fatwa dan tarjih atau ijtihad. Ia juga medan yang sangat mencabar kerana berkaitan dengan hukum Allah yang berhajat kepada amanah dan kelayakan untuk menjadi rujukan orang ramai dalam mengeluarkan hukum-hakam.
Buku ini mengandungi soal jawab usul fiqh, daripada mukadimah usul fiqh sehingga bab ijtihad, kemudian diikuti dengan perbahasan takhrij seterusnya adaptasi kitab yang agung, iaitu al-waraqat oleh Imam al-Haramain dan ditutup dengan perbahasan tambahan. Semoga buku kecil ini mampu menjadi pembuka jalan kepada mereka yang mencintai ilmu syariah khususnya ilmu fiqh. Walaupun ia kecil, namun insya-Allah cukup memberi manfaat kepada pembaca seperti kalung yang kecil cukup memenuhi leher.