Gulungkan imej untuk mengezum masukKlik pada imej untuk zum
/
Penerangan
Kod Buku :TBBK1558 (2023)
Bilangan Muka Surat :168 Saiz: 21cm x 14cm x 2cm Anggaran Saiz : A5 Muka Buku :Kulit Lembut (softcover) Warna Dalam :Berwarna
ISBN :978-967-388-817-7
Berat :0.4kg Nama Penulis :
Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman
Kelebihan
Tadabur surah al-Muddatstsir secara ringkas, tetapi sarat dengan ilmu, fakta dan kupasan.
Dilengkapkan dengan infografik dan inti pati surah pada setiap hujung bahagian bagi membantu menambah pengetahuan pembaca.
Pembaca boleh mengingat fakta menggunakan kod bernombor.
Disediakan kompas pada awal bahagian yang memandu pembaca untuk kekal fokus kepada ayat al-Quran dan tema yang sedang dikupas.
Inti sari keseluruhan surah dinyatakan dalam bentuk “ring composition”, hasil tadabur penulis terhadap surah ini.
Kesimpulan surah disampaikan dalam bentuk akronim, memudahkan pembaca fokus kepada isi penting surah.
Antara Isi Menarik Buku Ini
4 perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW agar menang dengan seruan dakwah.
6 punca penentangan ke atas dakwah Rasulullah SAW zaman-berzaman.
3 bentuk respons musuh terhadap al-Quran.
5 sifat utama Neraka Saqar kepada kumpulan penentang dakwah dan al-Quran.
4 sasaran penceritaan Neraka Saqar.
3 objek sumpah yang digunakan oleh Allah SWT sebagai pembuktian kebenaran Neraka Saqar dan hari pembalasan.
4 kelakuan utama sebagai penyebab seseorang dihumban ke Neraka Saqar.
4 sikap kaum kafir walaupun selepas diturunkan surah al-Muddatstsir terhadap mereka.
Sinopsis
Surah al-Muddatstsir merupakan surah yang sering dikaitkan dengan persamaannya dengan surah sebelumnya, Surah al-Muzzammil dari sudut makna yang membawa erti “orang yang berselimut”. Tidakkah anda tahu makna orang yang sedang berselubung atau berselimut menjadi analogi kepada pendakwah kebenaran itu tidak akan tersingkap jika pendakwah itu berlama-lama terperangkap dalam selimut ketakutan.
Sekuriti & Pembayaran
Gulungkan imej untuk mengezum masukKlik pada imej untuk zum
Assalamualaikum. Saya memesan buku wahai orang yg berselimut tetapi buku yg sampai buku bangun pagi pagi berkat sepanjang hari. Bagaimana nak dapatkan buku yg syabpesan
S
Shakirah A.
Wahai Orang Berselimut
Buku yang kemas tersusun isinya dari ayat pertama. Mempunyai grafik design yang memudahkan pemahaman
Z
Zaidah
Buku Wahai orang yang berselimut
Buku tadabur yg mudah difahami dan menarik. Moga Ustaz dapat menulis lagi banyak buku tadaburr surah alquran seperti ini. Alhamdulillah..
cuma mohon agar kertas yg digunakan adalah kertas putih (maafkan sy atas komen ini). Walaubagaimanapun saya sangat bersyukur dan bertuah membeli dan membacanya.
terima ksih ustaz dan team
jazakallahu khair
Alhamdulillah terima kasih atas ulasan, moga bermanfaat :)
I
Izdatul f.
Buku yang sangat membantu saya untuk lebih memahami kehendak Allah kpd kita sbg hambaNya
Ilmu ini sukar diperolehi melalui kuliah di masjid/ surau kerana tidak ramai asatizah yang berkebolehan menyampaikan ilmu sebegini. Ilmu ini hanya boleh didapati melalui kuliah-kuliah di peringkat tertinggi sahaja. Dengan adanya kitab ini dapat memudahkan orang ramai memahami dan menghayati bagaimana sesuatu hukum atau fatwa digubal untuk kemaslahatan ummah.
Thank you for your review! We are glad to hear that you find our product to be valuable and important. Thank you for your support and we hope that this book continues to be a useful resource for you.