Kod Buku : TBBK1614 (2025)
Bilangan Muka Surat : 168
Saiz : 21cm x 14cm x 1cm
Anggaran Saiz : A5
Muka Buku : Kulit Lembut
Warna Dalam : Hitam Putih
ISBN : 978-629-467- 015-0
Berat : 0.5kg
Penulis :
- Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
Kelebihan
-
Buku ini menghimpunkan pelbagai persoalan yang sering ditanya oleh masyarakat dalam pelbagai konteks kehidupan, termasuklah bidang tasawuf, taharah, solat, muamalat, fiqh dan isu-isu semasa.Susunan ringkas dan mudah difahami.
-
Buku ini disusun dengan penuh keikhlasan dan niat untuk membantu umat Islam memahami pelbagai persoalan berkaitan agama yang sering timbul dalam kehidupan seharian.
-
Buku ini juga mengupas pelbagai topik penting seperti tasawuf yang membimbing pembersihan jiwa dan pembinaan akhlak.
Sinopsis
Yas’alunaka menghimpunkan 400 persoalan agama yang sering menjadi tanda tanya dalam kehidupan seharian umat Islam. Disusun dalam bentuk soal jawab bersama Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil, buku ini memberi pencerahan berasaskan fiqh dan syariah, dengan gaya penjelasan yang mudah difahami serta dekat dengan realiti masyarakat. Sebuah panduan praktikal yang membantu para pembaca memahami hukum-hakam Islam dengan lebih jelas, seterusnya mengamalkan ajaran Islam dengan yakin.
Lebih daripada sekadar menghuraikan hukum, karya ini membimbing para pembaca untuk melihat hikmah di sebalik syariat, seterusnya menghayati ajaran Islam dengan penuh keyakinan dan keseimbangan. Sebuah rujukan bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat dalam mencari jawapan yang tepat, tuntas dan berpandukan autoriti.