Penerangan
BILANGAN MUKA SURAT : 160
SAIZ : 21cm x 14cm x 0.9cm
ANGGARAN SAIZ : A5
MUKA BUKU : Soft Cover
WARNA DALAM : Hitam Putih
ISBN : 978-967-388-164-2
KELEBIHAN
- Menjelaskan keutamaan dan prioriti ibadah pada bulan Ramadan, yang mana lebih patut diutamakan pada masa yang sama tidak mengabaikan tugas dan keperluan lain.
- Menerangkan serba sedikit saranan supaya ibadah pada bulan Ramadan didasari dengan keilmuan dan penghayatan bukan semata-mata sebagai budaya dan adat.
- Menekankan muhasabah ibadah pada bulan Ramadan. Semoga amalan soleh kita dijauhi
- Daripada perkara yang menjejaskan kemurniannya dan mudah mudahan diterima di sisi-Nya.
SINOPSIS
Dengan kehadiran Ramadan yang dinanti-nanti semua Mukmin semestinya memberikan sinar dan cahaya yang mampu mengembalikan kekuatan iman yang turun naik. Selain itu, bulan Ramadan menjanjikan pelbagai kerahmatan, keampunan dan kelepasan daripada api neraka.
Oleh itu, hendaklah kita mengambil kesempatan dengan kehadiran bulan yang mulia ini, ia umpama "madrasah" yang mampu menjana ketakwaan Muslim agar hati dan jiwa kembali teguh. Firman Allah Taala yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, telah difardukan atas kamu untuk berpuasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan kepada ganerasi terdahulu, mudah-mudahan kamu bertakwa".
Kita semua mengharapkan agar Allah memberikan kita taufik dan hidayah agar Ramadan yang disambut dapat dihargai sebenar-benarnya . Ramadan bukanlah untuk membebankan manusia tetapi merupakan “hadiah” yang paling berharga bagi mereka yang mahu meningkatkan ketakwaan dan memperbaiki diri.
Semoga kita semua dirahmati, diampuni serta mendapat kurniaan yang terbaik daripada Allah. Semoga Ramadan yang hadir memberi makna dan berkesan kepada jiwa muslim agar menjadi Muslim yang bertakwa kepada Allah.
Sekuriti & Pembayaran
