Kod Buku : TBBK1489 (2019) Bilangan M/S : 455 Saiz : 21.5cm x 14.5cm x 3cm Anggaran Saiz : A5 Muka Buku : Hardcover Warna Dalam : Hitam Putih
ISBN : 978-967-388-506-0 Nama Penulis : Imam Ibn Roslan
Kitab Turath Siri - 8
KELEBIHAN
Terjemahan matan 1088 rangkap syair yang padat tentang asas fiqh mazhab Syafie merangkumi bab Taharah, Solat, Zakat, Puasa, Jual Beli, Munakahat sehingga perihal kehakiman.
Membahaskan asas Usul Fiqh dan akidah Ahli Sunah Waljamaah pada permulaan buku dan diakhiri dengan Tasawuf.
Panduan asas fiqh mazhab Syafie untuk memperkemas pengetahuan dan amalan harian.
Lampiran ringkasan setiap bab dalam bentuk graf pada penghujung buku bagi memudahkan pembaca.
SINOPSIS
Terjemahan Inti Sari Matan al-Zubad ialah matan syair yang padat dengan asas fiqh dalam setiap bab fiqh yang wujud. Matan ini mendapat perhatian kebanyakan ulama Syafi‘i untuk disyarahkan agar dapat difahami dan diamalkan oleh para pelajar dan penganut agama Islam. Matan al-Zubad yang disusun oleh Imam Ibn Roslan telah menerima sambutan memberangsangkan yang hampir sama dengan Matan Abi Syuja’. Perbahasan fiqh dalam Matan al-Zubad adalah lebih luas daripada Matan Abi Syuja’. Bahkan, ia mempunyai kelainan pada susunannya dengan meletakkan perbahasan asas Usul Fiqh dan akidah Ahli Sunah Waljamaah pada permulaan matan tersebut sebagai pembuka bicara perbahasan fiqhnya.
Ilmu ini sukar diperolehi melalui kuliah di masjid/ surau kerana tidak ramai asatizah yang berkebolehan menyampaikan ilmu sebegini. Ilmu ini hanya boleh didapati melalui kuliah-kuliah di peringkat tertinggi sahaja. Dengan adanya kitab ini dapat memudahkan orang ramai memahami dan menghayati bagaimana sesuatu hukum atau fatwa digubal untuk kemaslahatan ummah.
Thank you for your review! We are glad to hear that you find our product to be valuable and important. Thank you for your support and we hope that this book continues to be a useful resource for you.