Bilangan Muka Surat :240 Saiz : 21cm x 14cm x 2cm Anggaran Saiz : A5 Muka Buku : Kulit Lembut Warna Dalam : Hitam Putih
ISBN : 978-967-388-918-1
Berat :0.5kg Penulis :
Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir
Kelebihan
Buku ini mengetengahkan panduan mentadabbur al-Quran berdasarkan ilmu ulum al-Quran dan bahasa Arab yang disusun secara sistematik dan padat dengan informasi.
Ia dapat membantu pembaca memahami dan menghayati al-Quran dengan lebih mendalam dan lebih tepat.
Sesuai untuk setiap golongan yang ingin mengenal apa itu tadabbur al-Quran.
Sinopsis
Membaca al-Quran adalah membaca dengan lidah. Ayat-ayat al-Quran disebut mengikut hukum tajwid dan dilagukan mengikut kaedah-kaedah taranum. Maka, terserlah keindahan dan ketinggian nilai seni ayat-ayat al-Quran itu. Pembacanya akan terhibur, beroleh ketenangan jiwa dan kepuasan yang tersendiri di samping ganjaran pahala dan fadilat surah-surah tertentu.
Manakala tadabbur al-Quran pula adalah membacanya dengan lidah dan hati. Lidah memastikan bacaan dengan tartil. Akal mengambil pemahaman makna (yang tersurat dan tersirat) dan hati mengambil pengajaran agar dijadikan sebagai panduan. Maka, terserlah al-Quran itu sebagai khazanah yang tidak ternilai harganya. Inilah asas para ulama dan ilmuwan pada zaman keagungan Islam dalam membangun tamadun lahiriah dan rohaniah yang tiada tolok bandingannya. Beginilah al-Quran Mengajar Kami membantu anda memahami prinsip-prinsip asas tadabbur al-Quran.
Kaedah baca Al Quran dalam sembahyang sunat walaupun bukan Hafiz Al Quran
Alhamdulillah dengan ada Al Quran Tashil ini memudahkan kita semua untuk membaca seluruh Al Quran di dalam sembahyang sunat harian. Ini adalah satu nikmat daripada Allah SWT.Syukur…