Bilangan Muka Surat : 168 Saiz : 15cm x 15cm x 1cm Anggaran Saiz : A5 Muka Buku : Kulit lembut (Soft Cover) Warna Dalam : Hitam Putih
ISBN : 978-967-388-163-5
Berat : 0.5kg Penulis :
Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed
Prof. Madya Dr. Mohd Azlen Abd. Hamid
Kelebihan
Buku ini menampilkan himpunan doa, amalan, kaifiat, tip dan petua yang harus diamalkan untuk mengembalikan kegemilangan zaman pengantin tersebut.
Buku ini memberi keyakinan yang mantap dalam diri untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
Dengan buku ini juga, dapat memberi manfaat kepada semua pembaca dan menjadi asbab perkahwinan para pembaca sentiasa disinari cahaya kebahagiaan.
Sinopsis
Buku ini membangkitkan kembali rasa cinta yang pernah berputik pada awal perkahwinan agar hubungan suami isteri terus bersemi seperti hari pertama bersatu.
Antara doa-doa yang dimaksudkan ialah doa memohon keteguhan iman, menanam kasih sayang antara suami isteri, memohon keselamatan, memohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan, tempat kediaman dilindungi, mengelak daripada jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan, berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan antara suami atau isteri, memohon keberkatan rezeki, mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres.