Bilangan Muka Surat :164 Saiz : 24cm x 16.5cm x 1.3cm Anggaran Saiz :B5 Muka Buku : Kulit Lembut Warna Dalam : Berwarna
ISBN : 978-967-388-791-0
Berat :0.7kg Penulis :
Muhammad Mahadi Al- Instanbuli
Musthafa Abu Al-Nashr Al-Syibli
Kelebihan
Menampilkan profil wanita-wanita Muslimah yang bersungguh- sungguh dalam menjaga kesucian diri dan kesederhanaan serta mampu bersabar dalam menghadapi kesulitan hidup di samping suami tercinta.
Mengingatkan para wanita Muslimah tentang bagaimana cara menerapkan ajaran Islam yang benar melalui paparan perjalanan sejarah hidup Nabi SAW, para isteri dan puteri-puterinya serta para sahabat utama yang hidup di sisi Rasulullah SAW.
Mengetengahkan contoh teladan bagi para suami berkisarkan perjalanan hidup Rasulullah SAW bersama para isteri dan puteri-puteri Baginda
Sinopsis
“Sumbangan besar para isteri dan puteri Rasulullah SAW di pentas sejarah tidak dapat dinafikan kehadirannya. Dengan berbekalkan iman yang tertanam kukuh, mereka berjuang mempertaruhkan jiwa raga demi tertegaknya agama Allah SWT. Pelbagai penderitaan dan keperitan ditanggung dengan penuh kesabaran, lantaran mereka yakin bahawa semua itu adalah suatu kemestian yang harus diharungi sebagai pendamping Rasulullah SAW.”
Alhamdulillah seperti biasa tempoh kiriman menepati janji. Bungkusan kali ini lebih rapi dan kemas. Terima kasih di atas usaha anda dalam penambahbaikan yang berterusan. Teruskan usaha murni anda.
Alhamdulillah terima kasih diatas ulasan yang positif, jika ade sebarang penambaikkan, boleh maklumkan pada bila bila masa ya:) terima kasih kerana membeli, semoga bermanfaat :)