Bilangan Muka Surat :250 Saiz : 21cm x 14cm x 2cm Anggaran Saiz : A5 Muka Buku : Kulit Lembut Warna Dalam : Hitam Putih
ISBN : 978-967-388-877-1
Berat :0.5kg Penulis :
Husna Binti Hassan
Kelebihan
Buku Kusangka Air, Rupanya Pasir ini merupakan kesempatan untuk kita semua memahami tentang dunia dan akhirat secara sama rata.
Buku ini menjadi inisiatif bagi kita memahamkan diri kita sendiri, termasuk juga anak-anak di bawah didikan penjaga tentang hakikat dunia dan akhirat, tetapi dalam bentuk yang begitu mudah.
Oleh itu, buku Kusangka Air, Rupanya Pasir ini perlu menjadi bacaan kita semua bagi memastikan kita tidak menjadi hamba dunia, sebaliknya menjadi hamba Allah
Sinopsis
Benarkah dunia itu manis dan hijau? Adakah dunia ini begitu singkat ibarat jarak antara azan dengan iqamat?
Ada manusia yang kulihat hidupnya di dunia ibarat kelekatu yang tertipu. Ada manusia yang mengejar dunia ibarat merenangi lautan yang tidak bertepi, akhirnya lelah, lemah dan lemas. Ada yang terasa memiliki harta kebendaan yang melimpah-ruah, namun hakikatnya Cuma secuil daripada perbendaharaan Allah.
Kenalkah kita hakikat sebenar dunia?
Justeru, buku ini mengenalkan kita tentang warna sebenar dunia, bukan untuk mematikan rasa terhadap dunia atau menghilangkan pesona dunia, sebaliknya untuk membetulkan jalan yang kita tempuh sepanjang berkelana di bumi pinjaman ini. Jangan sampai apa yang kita kejar di dunia ini pada saat panas terik di padang pasir itu dirasakan air, namun apabila sampai, apa yang ditemui cuma pasir ...
Kaedah baca Al Quran dalam sembahyang sunat walaupun bukan Hafiz Al Quran
Alhamdulillah dengan ada Al Quran Tashil ini memudahkan kita semua untuk membaca seluruh Al Quran di dalam sembahyang sunat harian. Ini adalah satu nikmat daripada Allah SWT.Syukur…