Bilangan Muka Surat :224 Saiz : 21cm x 14cm x 2cm Anggaran Saiz : A5 Muka Buku : Kulit Lembut Warna Dalam : Hitam Putih
ISBN : 978-967-388-912-9
Berat :0.5kg Penulis :
Eliyas Tajuddin
Kelebihan
Buku ini membolehkan kita lebih mengenali dan menghargai jasa dan peribadi para ulama terdahulu yang bersemangat dalam beribadat dan kesusahan yang dihadapi mereka.
Selain itu, buku ini menyenaraikan beberapa kesungguhan amalan para salaf yang mana amalan tersebut sabit dengan pelbagai riwayat daripada kitab-kitab yang muktabar.
Buku ini juga membentangkan hujah-hujah yang menyatakan kesungguhan para salaf dalam beramal bukanlah perkara yang bidaah.
Sinopsis
Bidaah ataupun Sunnah? Itulah polemik yang sering kali diketengahkan dalam kalangan ulama bijak pandai seluruh dunia. Perselisihan yang membawa kepada sikap fanatik dan saling menyesatkan ini pada akhirnya akan membawa kepada kelemahan seperti perpecahan dalam kalangan umat Islam itu sendiri.
Adakah amalan seperti solat seratus rakaat, solat sepanjang malam atau mengkhatamkan al-Quran sehari semalaman merupakan perkara bidaah? Jika tidak, apakah dalilnya? Buku Manisnya Beribadat: Memperbanyak Ibadah Bukanlah Suatu Bidaah ini diterjemahkan daripada sebuah kitab yang berjudul Iqāmaṯ al-Ḥujjah ‘ala Anna al-Ikthār fī al-Ta‘abbud Laysa bi Bid‘ah. Kitab ini menerangkan dalil-dalil bagi menolak kesalahfahaman berdasarkan kitab mazhab yang muktabar. Hal ini bagi memudahkan rujukan kepada para pembaca.
Kaedah baca Al Quran dalam sembahyang sunat walaupun bukan Hafiz Al Quran
Alhamdulillah dengan ada Al Quran Tashil ini memudahkan kita semua untuk membaca seluruh Al Quran di dalam sembahyang sunat harian. Ini adalah satu nikmat daripada Allah SWT.Syukur…