Bilangan Muka Surat :544 Saiz :24cm x 16.5cm x 2cm Anggaran Saiz : B5 Muka Buku : Kulit keras Warna Dalam : Berwarna
ISBN : 978-967-510-275-2
Berat :0.5kg Penulis : Syeikh Yusuf Ismail An-Nabhani
Kelebihan
Perbahasan mengenai zuhud dan warak
Pendidikan keluarga
Solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah lain
Adab yang bersifat lahiriah dan batiniah
Pemberi semangat (targhib) dan amaran (tarhib)
Pendidikan keluarga
Penyucian hati dan ubatnya
Sinopsis
RIYADHUS SHALIHIN yang bermaksud Taman-taman Golongan Solihin ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi‘i iaitu Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam an-Nawawi. Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia.
Kitab asal Riyadhus Shalihin telah diringkaskan oleh seorang ulama terkenal, Syeikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dan dinamakan TAHZIB AN-NUFUS FI TARTIB AD-DURUS.
Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak.
Alhamdulillah seperti biasa tempoh kiriman menepati janji. Bungkusan kali ini lebih rapi dan kemas. Terima kasih di atas usaha anda dalam penambahbaikan yang berterusan. Teruskan usaha murni anda.
Alhamdulillah terima kasih diatas ulasan yang positif, jika ade sebarang penambaikkan, boleh maklumkan pada bila bila masa ya:) terima kasih kerana membeli, semoga bermanfaat :)