Bilangan Muka Surat : 168 Saiz : 24cm x 16.5cm x 1cm Anggaran Saiz : B5 Muka Buku : Kulit Lembut Warna Dalam : Berwarna
ISBN : 978-967-388- 985-3
Berat : 0.5kg Penulis :
Ahmad Shamil Shahrin
Kelebihan
Membawa para pembaca menyelusuri kehidupan Baginda di sana.
Memperlihatkan bagaimana Baginda mengasaskan serta membina negara Islam pertama sehingga ia menjadi contoh pentadbiran cemerlang sepanjang zaman.
Mengetengahkan kemunculan golongan baharu yang pada zahirnya kelihatan mengikuti ajaran baginda.
Sinopsis
Setelah peristiwa hijrah kaum Muslimin ke Yathrib, kota itu tidak lagi malap, bahkan ia menjadi sebuah kota yang bercahaya. Nabi Muhammad menukar nama Yathrib kepada Madinah, dan sejak itu, terbinalah sebuah negara Islam yang dipimpin oleh Baginda. Islam terus tersebar dan mengharum serta mendapat tempat di Tanah Haram. Ketahui lebih lanjut mengenai rangkaian peristiwa yang berlaku setelah penghijrahan Rasulullah ke Madinah. Setiap kisah yang dinukilkan dalam buku ini dipetik daripada sumber yang muktabar dan sahih. Persembahan buku yang berwarna disertai ilustrasi menarik akan menyebabkan anda tidak jemu membacanya!