Bilangan Muka Surat : 144 Saiz : 21cm x 14cm x 1cm Anggaran Saiz : A5 Muka Buku : Kulit Lembut Warna Dalam : Hitam Putih
ISBN : 978-967-388- 978-5
Berat : 0.5kg Penulis :
Iwana Aisyah
Kelebihan
Memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah.
Bagi mencari ketenangan jiwa dan motivasi untuk menghadapi ujian hidup.
Menjadi sumber inspirasi dan kekuatan kepada setiap jiwa yang memerlukan sentuhan al-Quran.
Sinopsis
Ada hari kita berasa riang gembira. Ada hari kita hanya bermuram durja. Ada ketika kita berasa resah gelisah. Ada ketika kita hanya ingin pasrah. Begitulah lumrah yang Allah tetapkan bagi kita sebagai manusia dan khalifah di dunia ini, selagi nyawa dikandung badan.
Lantas, bagaimanakah cara untuk menguruskan diri dalam menghadapi turun naik kehidupan?
Tidak lain tidak bukan adalah dengan petunjuk Ilahi. Justeru, buku ini mengambil inspirasi daripada ayat-ayat al-Quran dan diolah dengan cara yang mudah difahami agar dapat diterapkan secara praktikal untuk mengorak langkah meneruskan kehidupan yang penuh cabaran.