Bilangan Muka Surat :68 Saiz : 25cm x 17.6cm x 1cm Anggaran Saiz : B5 Muka Buku : Kulit Lembut Warna Dalam : Berwarna
ISBN : 978-967-388-926-6
Berat :0.5kg Penulis :
Dr. Abdelrahman Monis Allaithy
Kelebihan
Buku ini terletak pada ruang kotak berwarna pada setiap contoh dalam jadual sebagai penunjuk bagi tahap dan kualiti bacaan.
Pelbagai warna digunakan sebagai standard untuk sebutan huruf, perkataan dan ayat al-Quran.
Dengan beberapa cara yang disediakan pada buku ini, guru al-Quran memainkan peranan penting dalam memperbaiki tahap bacaan melalui kaedah yang digunakan dalam buku ini.
Sinopsis
Buku Subulus Salam Fi Tajwid Khairil Kalam (Jalan-jalan yang selamat da memperindah sebaik-baik kalam Allah), ini ditulis sejajar dengan sabda Rasulullah SAW: “Orang yang paling baik antara kamu adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain,”. Sesungguhnya buku ini adalah buku latih tubi yang mengandungi kaedah baharu dalam mempelajari cara membaca al-Quran dan ia sangat praktikal untuk digunakan. Persembahannya sederhana dan tersusun mengikut kaedah-kaedah ilmu tajwid. Kebanyakan kaedah dalam buku ini digunakan dalam seminar dan kursus al-Quran antarabangsa bersama Dr. Abdelrahman Monis Allaithy. Oleh itu, dengan terbitnya buku ini, latihan membaca al-Quran secara standard di bawah bimbingan guru bukan sahaja dapat dijalankan dalam seminar antarabangsa, tetapi juga di sekolah, institusi atau pusat pengajaran al-Quran.
Ilmu ini sukar diperolehi melalui kuliah di masjid/ surau kerana tidak ramai asatizah yang berkebolehan menyampaikan ilmu sebegini. Ilmu ini hanya boleh didapati melalui kuliah-kuliah di peringkat tertinggi sahaja. Dengan adanya kitab ini dapat memudahkan orang ramai memahami dan menghayati bagaimana sesuatu hukum atau fatwa digubal untuk kemaslahatan ummah.
Thank you for your review! We are glad to hear that you find our product to be valuable and important. Thank you for your support and we hope that this book continues to be a useful resource for you.