Bilangan Muka Surat : 136 Saiz : 15.3cm x 15.3cm x 1cm Anggaran Saiz : A5 Muka Buku : Kulit Lembut Warna Dalam : Berwarna
ISBN : 978-967-5102- 23-3
Berat : 0.1kg Penulis :
Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed
Kelebihan
Menyediakan panduan kepada ibu bapa untuk mengamalkan doa-doa khusus untuk anak-anak setiap hari.
Doa dalam buku ini adalah doa daripada al-Quran dan doa yang ma’thur daripada Nabi Muhammad
Memberi manfaat dan membantu ibu bapa memohon hajat serta perlindungan daripada Allah untuk anak-anak.
Sinopsis
Tarbiah Anak-Anak dengan Zikir dan Doa ini menghimpunkan doa-doa untuk ibu bapa membimbing anak-anak dan diajarkan kepada anak serta untuk dijadikan amalan dalam mendidik anak. Buku ini dibahagikan kepada empat aspek termasuk keterangan dan petua beramal:
Ketelusan Akhlakdan Kemurnian Pekerti seperti mendapat ramai anak soleh dan cemerlang, menghilangkan perasaan marah, menenteramkan jiwa, menghadapi saat-saat getir, mohon kesabaran, meningkatkan keyakinan diri dan mohon dipenuhi keperluan.
Kecemerlangan Akademik seperti mudah menghafal pelajaran, mudah menjawab soalan peperiksaan, dikasihi guru, mohon kelulusan cemerlang dan mudah menghadal al-Quran.
Kecergasan Jasmani dan Keafiatan Fizikal seperti mohon perlindingan daripada gangguan, sihir, luka, demam, bengkak, jauhi daripada zina, stres dan jauhi daripada insomania.
Zikir dan Selawat seperti selawat Ibrahimiyyah, mohon kebahagiaan, mohon keselamatan, kelapangan, menghindari bahaya, sembuh penyakit dan mengelak mimpi ngeri.