Bilangan Muka Surat :186 Saiz : 15.4cm x 15.4cm x 2cm Anggaran Saiz : A5 Muka Buku : Kulit Lembut Warna Dalam : Berwarna
ISBN : 978-967-5102-44-8
Berat : 0.2kg Penulis :
Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed
Prof Madya Dr. Mohd Azrul Azlen Abd. Hamid
Kelebihan
Buku ini menyediakan panduan berdoa bagi mereka yang akan mengerjakan haji dan umrah.
Kandungan buku ini memberi penerangan tentang doa-doa sebelum bertolak dari rumah, ketika dalam perjalanan, ketika di Makkah dan Madinah hinggalah kembali ke tanah air.
Buku ini juga lebih berkesan bagi orang yang pertama kali menunaikan haji atau umrah.
Sinopsis
Perasaan teruja dan takjub pasti meresap di hati para jemaah, lebih-lebih lagi yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan Tanah Haram. Tidak kurang juga ada yang gugup mengenangkan diri yang jauh daripada keluarga dan tanah air. Oleh itu, buku ini diterbitkan sebagai hadiah buat para jemaah umrah dan haji yang mengajarkan amalan doa bermula sebelum bertolak dari rumah, ketika dalam perjalanan, ketika di Makkah dan di Madinah hinggalah saat kembali ke tanah air. Doa-doa ini sebagai pendinding diri sepanjang perjalanan ibadah yang tawaduk dan usaha mengingati Allah berterusan. Amalan doa yang diajarkan sedikit sebanyak dapat membantu mendapatkan umrah dan haji yang diberkati dan mabrur, di samping menerapkan keyakinan diri dan mempersiapkan diri dalam menghadapi dugaan dan musibah.
Kaedah baca Al Quran dalam sembahyang sunat walaupun bukan Hafiz Al Quran
Alhamdulillah dengan ada Al Quran Tashil ini memudahkan kita semua untuk membaca seluruh Al Quran di dalam sembahyang sunat harian. Ini adalah satu nikmat daripada Allah SWT.Syukur…